Carian ini disediakan bagi kemudahan orang awam untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai mengenai kebolehpasaran graduan baharu di institusi pendidikan tinggi negara serta institusi latihan kemahiran awam.
Kadar kebolehpasaran graduan ini adalah meliputi graduan yang bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.
Maklumat yang dipaparkan di carian ini adalah status semasa graduan menjawab soal selidik berkenaan dan tidak memberi gambaran kadar kebolehpasaran graduan bagi tempoh yang lebih panjang. Data meliputi kajian lima (5) tahun terkini dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Data, Bahagian Perancangan Strategik, KPT di talian 03-8870 6000
Sumber data: Data diperolehi dari maklumbalas graduan dalam Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pendidikan Tinggi. Maklumat tahunan yang terperinci boleh diperolehi
DI SINI
Loading. Please wait.